Adapun disebutkan dalam satu hikayat Asbaha si burung apa menyatakan alkisah di zaman purba tatkala Abam Zool masih memakai spender juwe dan cincan masih lagi tidak mengerti erti dunia.. kelihatan sekumpulan manusia sedang menikmati hidangan air kelat berwarna wanie begitu laku dijual oleh Tok Ketua Chapit, yang masih enggan memberi resipi udang goreng butter kepada Mem Aluyah walaupun berkali-kali telah mengugut untuk merobohkan warung kopi dengan bom ciptaan Si Peraih Udang dari zimbabwe itu.
Di satu sudut kampung pula, di dalam sebuah istana yang sungguh besar, kelihatan Mamaket bersama Deboknya sedang bercekak pinggang sambil mengerling tajam ke arah Theladyana yang sedang mumbling-alone menyapu laman istana, "gilo ke apo?" getus hati Mamaket. tiba-tiba muncul si Khambeng Madu yang bijak bermain kata eh yang bijak berkata-kata. akan tetapi, si Khambeng Madu hanya sempat mengeluarkan kata-kata terakhirnya seblom di-koh secara kejam oleh Mamimok.
Jeng jeng jeng .. muncul pula Dory si pari-pari yang cuba menyelamatkan keadaaan.... tapi tersilap mantra lalu bertukar pula si Silverferio menjadi seekor Beaber... entah dari mana satu aura yang sangat kuat dapat dirasai oleh seluruh penduduk kampung, setelah diamati ianya datang dari kekuatan daya pelukan Kakgee. Sucipot dtg tersedu sedan kerana kasutnya telah dicurik oleh si Chomot... Aku la Ros dtg meng-offer dirinya untuk pergi mencari kasut yang sebelah lagi tapi telah dihalang oleh Cik Fz ngan tak abis2 mengomel tentang Spazzo yang cuba memikat hati si puteri Mcfiez... "ishhh.. xleh jadi nie" bisik hati Asbaha si burung apa.
Maka bermula lah pertarungan sengit antara Spazzo dan Asbaha si burung apa.. masing2 memperlihatkan kehebatan yang tiada tolok bandingannya... petik situ petik sini ... huuuu .. panjangnyeee .. lens! kukikukikuki (gelak Mamaket). pertarungan berlangsung 8 hari 7 malam. laku giler warung kopi Tok Ketua Chapit, wa cakap.. datanglah segala jenis mergastua dan muda dari setiap pelosok tanah melayu... memenuhi ruang balairaya... ada pertunjukan badut sarkas yang sangat jambu bermain one two Som bersama kanak-kanak riang di tepi jalan.. ada pulak si Al-Amin yang cuba mengajar wargatua kampung mengenai blogging .. "blogtuhapa??" terpinga-pinga atuk n nenet semua..